Dublin Bus

Never stop learning.

Tuesday, November 14, 2006

Tajdid Iman: Keimanan rapuh punca hati resah

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Agama/20061113122139/Article/

Tajdid Iman: Keimanan rapuh punca hati resah
Bersama Dr Juanda Jaya

Manusia perlu elak dikuasai nafsu


PUNCA-PUNCA kesedihan - jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah 'hati'. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

Suka membuang masa. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu;

Pertama untuk Allah SWT; kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.

Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf: 179).

Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

INFO: Hati sebagai alat kawalan manusia

Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia.

Orang yang merawat hatinya dengan pelbagai amalan dituntut syariah pasti akan mengenali diri.

Hiburan berlebihan, sifat dengki, mengikut nafsu dan lupa kepada kebesaran Allah SWT penyebab kepada ‘kesedihan’ hati.

Mukmin yang hatinya sentiasa menekankan tuntutan syariah akan membahagikan masa untuk Allah SWT, diri sendiri dan untuk keluarga serta umat

Friday, September 29, 2006

Pemahaman al-Quran cerminkan tahap umat Islam Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Bicara Agama
Pemahaman al-Quran cerminkan tahap umat Islam Malaysia

SEMPENA bulan Ramadan yang mulia, boleh dikatakan hampir semua masjid di Malaysia menyediakan pelbagai program yang berkaitan dengan al-Quran. Antaranya majlis tadarus al-Quran, bacaan al-Quran, solat terawih berimamkan seorang hafiz al-Quran yang membaca satu juzuk sehari, bacaan al-Quran di perkuburan dan majlis khatam al-Quran.

Secara umumnya hasrat, perancangan dan pelaksanaan program-program tersebut memberi kesan yang baik kepada kita dalam meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.. Bagaimanapun, kita perlu lebih daripada program itu sebenarnya.

Jika kita perhatikan hampir semua program yang berkaitan dengan al-Quran secara umumnya hanya berkisar kepada tahap ‘membaca’. Pergilah mana-mana masjid atau surau, kita akan dapati kebanyakan umat Islam masih lagi berkisar tentang membaca al-Quran.

Sekarang kita memerlukan lebih daripada sekadar tahap membaca al-Quran. Secara umumnya kita boleh klasifikasikan prestasi kita terhadap hal-hal berkaitan al-Quran kepada lima peringkat atau lima tahap iaitu:

Pertama: Membaca al-Quran;

Kedua: Menulis ayat al-Quran;

Ketiga: Memahami makna al-Quran;

Keempat: Mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian berkaitan isi kandungan dan mengaitkan dalam kehidupan seharian;

Kelima: Penghayatan terhadap ajaran al-Quran.

Cuba kita bandingkan umat Islam di Malaysia dengan masyarakat di Barat atau orang Yahudi dari segi pencapaian dalam bidang al-Quran. Rata-rata umat Islam di Malaysia masih berada di tahap pertama.

Sebab itu seorang pemimpin Yahudi apabila disoal tentang bagaimana hendak menghadapi cabaran umat Islam yang dibekalkan dengan al-Quran, dia tidak bimbang langsung.

“Tidak bimbangkah kita terhadap umat Islam? Adakah kita tidak akan sekali-kali dapat mengalahkan mereka selagi mana al-Quran ada pada tangan mereka?” tanya seorang ahli perwakilan Yahudi kepada pemimpinnya.

Pemimpin besar Yahudi itu menjawab: “Apa perlu kita bimbangkan mereka? Ya, mereka ada al-Quran tetapi berapa ramai di kalangan umat Islam yang boleh membaca al-Quran? Kalau boleh membaca, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh menulis ayat al-Quran? Kalau boleh menulis, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan mereka yang boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka? Kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah yang tinggal di kalangan mereka dalam menghayati al-Quran?”

Renungkanlah kata-kata pemimpin besar Yahudi itu. Itu adalah satu cabaran kepada kita. Berapa ramai di kalangan umat Islam di Malaysia hari ini yang boleh membaca al-Quran? Kita mungkin boleh mendapat jawapannya ketika majlis tadarus al-Quran yang kita lakukan sekarang.

Katakan dalam satu kumpulan tadarus ada 10 orang. Berapa ramai yang boleh membaca dengan betul, bertajwid dan berlagu? Berapa ramai yang boleh membaca dengan betul dan bertajwid sahaja? Berapa ramai pula yang boleh membaca dengan ala kadar atau cukup makan sahaja? Dan soalan seterusnya, berapa ramai yang membaca dalam keadaan yang boleh diistilahkan ‘merangkak-rangkak’? Anda boleh menjawabnya.


Isi kandungan

Itu baru dalam tahap pertama iaitu bacaan. Bagaimana pula dengan tahap penulisan ayat al-Quran? Anda boleh lakukan sendiri uji kaji ini. Cuba edarkan sebatang pen dan sehelai kertas kepada jemaah solat Maghrib di masjid. Arahkan mereka menulis surah al-Fatihah iaitu surah yang wajib dibaca ketika solat. Berapa ramai yang boleh menulis dengan betul?

Persoalan seterusnya adalah berapa ramai di kalangan kita yang boleh memahami isi kandungan al-Quran? Sudah tentulah tidak ramai berbanding dengan mereka yang boleh membacanya sahaja. Jadi untuk memahami isi kandungan kita perlu mempelajari bahasa Arab dan menguasainya.

Sehubungan itu marilah kita sama-sama berusaha dengan sedaya upaya kita sama-sama belajar bahasa al-Quran ini dan menguasainya.

Persoalan berikutnya, kalau boleh memahami isi kandungan, berapa ramai di kalangan kita yang boleh mengaplikasi ajaran al-Quran dalam kehidupan kita seharian?

Ini kerana al-Quran adalah sumber rujukan ilmu pengetahuan. Adalah amat rugi jika golongan profesional seperti doktor, peguam, arkitek, akauntan, jurutera dan lain-lain tidak mampu merujuk al-Quran untuk meningkatkan kajian dalam bidang yang diceburi.

Terlalu jauh perbezaannya antara profesional yang boleh mengadaptasi Al-Quran dalam bidang berkaitan dengan rakannya yang hanya bergantung kepada terjemahan sahaja. Selain itu memang terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan tentang sesuatu secara saintifik.

Persoalan terakhir, kalau boleh mengaplikasi dalam kehidupan mereka, berapa keratkah di kalangan mereka yang menghayati al-Quran? Jadi ayuh kita belajar bahasa Arab dan menguasainya sehingga kita boleh menggunakan al-Quran untuk meningkatkan prestasi dalam bidang yang kita ceburi. Kesemua yang kita lakukan ini akhirnya akan menuju ke matlamat asal kita iaitu untuk memperoleh keredaan Allah s.w.t..

Umpama perlawanan bola sepak, sesudah keputusan masih terikat seri antara dua pasukan bertanding, maka permainan hendaklah ditambah masa selama 30 minit lagi. Jika keputusannya masih seri, pengadil akan memberikan lima sepakan penalti kepada setiap pasukan.

Dalam hal ini, pasukan umat Islam di Malaysia diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana kebanyakan kita hanya sekadar boleh membaca (itu pun masih ramai yang tidak boleh) maka dalam sepakan penalti kita hanya boleh memperoleh jaringan satu daripada lima jaringan yang sepatutnya.

Bagaimana pula dengan pasukan Barat atau Yahudi? Mereka pun sebenarnya mengambil al-Quran untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Bezanya mereka tidak membaca seperti kita. Setelah bertahun-tahun membuat kajian, sekarang mereka berada pada tahap ke empat iaitu tahap mengaplikasi kandungan al-Quran dalam kehidupan dengan melakukan kajian berkaitan isi kandungan dan mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

Dalam hal ini, pasukan Barat atau Yahudi juga diberikan lima sepakan iaitu lima tahap. Oleh kerana mereka telah berada pada tahap keempat, maka dalam sepakan penalti pasukan mereka memperoleh empat jaringan daripada lima jaringan yang sepatutnya. Keputusan permainan antara kedua-duanya ialah Barat atau Yahudi 4, umat Islam di Malaysia 1.

Jadi, bagaimana kita mahu mengalahkan mereka?

Ada satu jalan untuk kita menang iaitu kita mesti memperoleh 5 jaringan untuk mengalahkan mereka dengan keputusan 5-4. Caranya tidak lain dan tidak bukan kita mesti menguasai kelima-lima tahap tersebut. Ini kerana Barat atau Yahudi pasti tidak dapat mencapai tahap kelima iaitu penghayatan terhadap al-Quran. Kalau mereka dapat mencapai tahap penghayatan bererti mereka akan masuk Islam dan tidak lagi memusuhi Islam, bahkan sebaliknya akan bersama kita.

Akhirnya, sempena Ramadan al-Mubarak marilah kita meningkatkan tahap pencapaian kita dalam menggunakan al-Quran sebagai panduan hidup. Sesungguhnya Ramadan adalah masa terbaik untuk kita mula belajar bahasa al-Quran. Jangan lupa ikuti segmen belajar bahasa Arab Kenali Bahasa al-Quran yang mudah dalam ruangan ini menerusi akhbar Utusan Malaysia pada setiap Khamis (teori) dan Jumaat (praktikal).

Untuk memantapkan lagi kemahiran berbahasa Arab anda, ikuti rancangan Haiya bil Arabiah selama 10 minit di radio IKIM.fm pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8.30 pagi dan pukul 6.30 petang (ulangan).

Pihak-pihak yang berminat untuk mengadakan Seminar Teknik Belajar dan Menguasai Bahasa Al-Quran boleh menghubungi e-mel penulis.

Wednesday, September 20, 2006

Ufuk Minda: Kuasai ilmu angkat martabat umat merdeka

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Agama/20060919212346/Article/

Ufuk Minda: Kuasai ilmu angkat martabat umat merdeka
Bersama Dr Prof Sidek Baba

KEMERDEKAAN tidak akan memberi makna apa-apa kepada manusia tanpa ilmu. Ilmu menjadikan manusia berpengetahuan. Ilmu memberi manusia makna sesuatu dan daripadanya manusia dapat mengenal diri, dirinya dan hubungannya dengan Pencipta dan hubungannya dengan persekitaran.

Dalam tradisi Islam, ilmu tidak saja mampu memberi manusia pengetahuan mengenai benda yang nampak dan nyata, malah pengetahuan alam ghaib dalam batas yang terizin.

Nabi Adam mengenal benda kerana ia diajarkan oleh Allah SWT. Nabi Isa dan Musa mengenal dan menganjurkan kepada manusia mengenai Tuhan dan alam ini menerusi wahyu.

Nabi Muhammad SAW mengenal akidah tauhid apabila Jibrail menghantarkan wahyu supaya daripadanya Rasulullah SAW mendapat pedoman dan petunjuk berasaskan hikmah atau al-Quran. Sumber wahyu itu berkembang dan membina tradisi ilmu dan menjadikan manusia celik akidah dan asas akidah menjadikan jiwa merdeka.

Isu utama manusia dalam kehidupan ialah mencari makna sesuatu. Baik namanya perubahan dan kemajuan, kemodenan dan kebendaan, kebahagiaan dan kesenangan, hiburan atau sukan, maklumat dan data, pengalaman dan pendidikan semua membawa manusia kepada makna hidup dihajati.

Ilmu daripada perspektif Islam membimbing manusia kepada kemerdekaan diri supaya manusia kekal dalam fitrah atau kembali semula kepada fitrah.

Al-Quran memberi pedoman mengenai makna ilman nafi'a atau ilmu yang berguna dan bermanfaat atau konsep yanfaunnas atau sesuatu bermanfaat. Asas ini penting dijadikan landasan utama dalam memahami makna terhadap kehidupan.

Makna maju bagi manusia tidak saja dilihat dalam kemajuan kebendaan atau fizikal yang menjadi alat atau kemudahan untuk kehidupan manusia, malah dari sudut akhlak. Akhlak dalam makna yang luas tidak hanya merangkumi aspek budi bahasa dan sopan santun. Ia merangkumi seluruh tingkah laku yang membawa kebaikan dan manfaat yang dikaitkan dengan akhlak.

Ilmu al-Quran dan hadis melihat akhlak perkara utama dalam kehidupan dan menjadi punca kepada segala perlakuan manusia. Akhlak baik dan terpuji akan membawa kesan terpuji kepada manusia.

Begitu juga usaha manusia untuk memahami makna kebahagiaan dan kesejahteraan. Tanpa ilmu, tidak mungkin manusia akan sampai kepada tahap kebahagiaan dan kesejahteraan sejati.

Allah kurniakan manusia dengan rahmah dan nikmah yang banyak. Benda dan kebendaan adalah perkara sering dihubungkan dengan kebahagiaan dan kesejahteraan. Benda adalah kejadian Allah dan ia alat bukan matlamat.

Islam tidak mencegah manusia daripada menikmati benda yang Allah ciptakan dalam alam ini. Sebagai hamba dan khalifah, manusia diberikan amanah supaya benda perlulah diuruskan dengan amanah, adil dan ihsan.

Sekiranya hasil daripada kekayaan benda, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap benda dimilikinya, asas kebahagiaan serta kesejahteraan sebenar tidak ada lagi.

Ilmu al-Quran memberi pedoman bahawa benda yang Allah ciptakan itu perlu diuruskan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap ihsan kepada hamba dan makhluknya bagaimana pula keihsanan manusia sesama manusia dalam perkara berjual-beli, berzakat fitrah dan bersedekah.

Ilmu syariat umpamanya memandu manusia supaya jangan lakukan eksploitasi dan diskriminasi terhadap manusia lain kerana ia membawa kepada kezaliman. Sekiranya kekayaan benda yang dimiliki membawa manusia berjiwa hamba, manfaat pengurusan harta menjadikan amal ibadah seseorang bertambah. Dia tidak melihat benda adalah segala-galanya, sebaliknya benda selamanya alat untuk mencapai makna hidup lebih murni.

Hari ini manusia melihat teknologi dan sains adalah segala-galanya. Islam tidak menolak teknologi dan sains yang bermanfaat. Kekuatan tamadun Islam masa lalu ditandai dengan perkembangan ilmu yang bermanfaat.

Matematik, sains, angkasa lepas, falsafah, muzik, perubatan dan pembinaan alat adalah ilmu yang membimbing manusia maju dan menghargai sumber alam yang dikurniakan oleh Allah. Kini ilmu yang disebutkan tadi mengalami perubahan orientasi menyebabkan ia digunakan untuk membina kuasa, kekuatan, teknologi dan ideologi yang akhirnya digunakan untuk menindas negara kecil dan lemah.

Ilmu yang benar dan bermanfaat sentiasa dikaitkan sebagai amanah Allah. Pengurusan ilmu dalam Islam sentiasa dikaitkan dengan nilai guna yang baik terhadap manusia dan alam.

Aplikasi ilmu dalam sistem dan kehidupan sentiasa dilihat sebagai sumber amal dan ibadah. Aplikasi ilmu sentiasa dalam maksud menjadikan manusia celik akal dan hati melihat yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah. Ia membimbing manusia supaya penerokaan ilmu dalam pengertian sains dan teknologi sentiasa ke arah menginsafi kebesaran Allah di alam ini sebagai tanda kewujudan dan keperkasaan-Nya.

Sekiranya ilmu berkembang dan menyebabkan keyakinan manusia kepada Pencipta menjadi menipis dan rasa syukur tidak wujud pada diri manusia, maka ilmu yang diperolehi tidak lagi mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya mengagungkan manusia atau benda. Mereka melihat benda dan manusia adalah segala-galanya. Ia menyebabkan manusia terbelenggu dengan faham tidak fitrah.

Faham fitrah adalah ilmu daripada Allah dan ilmu daripada pemikiran manusia harus ditemukan supaya ia mampu membangunkan kekuatan peribadi berasaskan keunggulan akidah dan akhlak yang jelas. Ia juga memandu usaha penerokaan akal dan pengalaman dalam hidup. Ia mampu menyebabkan manusia tidak hanya memahami kehidupan dalam batas faktor yang nyata, malah meyakini batas faktor yang ghaib. Inilah puncak memahami makna dalam diri dan makna dalam kehidupan.

Saturday, September 09, 2006

Maksud bacaan dalam solat...taken from 2 website

http://groups.google.com/group/affiliationteam/browse_thread/thread/2bffa86db9394521/5c3408d1d90cca06?lnk=st&q=maksud+bacaan+solat&rnum=1&hl=en#5c3408d1d90cca06

http://mahaguru58.blogspot.com/2006/08/peace-of-mind-through-solat-muslim.html

Maksud bacaan dalam solat

Dengan nama Allah yang Maha Besar.

Doa Iftitah


Allahu Akbaru kabiraw walhamdu lillahi kathiraw wasubhanallahhi bukratau waasila. Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin. La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin.

Meaning : Allah is the Greatest and Most Largest. And all Praises be upon Allah as there much as they are. And most pure is Allah day and night. I face Him who has created the heavens and the earth.I dedicate myself to Allah and verily I am not amongst those who ascribe partners to Allah. Verily my prayers, my ibadah, my life and my death I dedicate only to Allah, Lord of all the Universes. Never will I ever associate Him with others. And so have I been commanded and verily I am among those who are Muslims.

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci
Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang
mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku
bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku,
hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu
bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan
aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Bismillah hirrahma nirrahim.Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Arrahma nirrahim. Maliki yaumiddin.Iyyaka na'kbudu waiyyaka nasta'in. Ihdinassiratal mustaqim. Siratal lazina an'amta'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladdhalin.Amin.

Meaning:
In the name of Allah ,Most Compassionate, Most Merciful.
All praises be to Allah, Lord of all the Worlds.
Most Compassionate Most Merciful.
Master on the Day of Judgement.
Only You whom we worship;Only to you do we seek help.
Show us the straight path.
The path of those whom you have blessed.
Not the path of those whom you have cursed and those gone astray.
Ameen.

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji
bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang
lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka
yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Subhana Rabbiyal Adhimi Wa bihamdihi'
All praises be to Allah, our Lord, Most Powerful!'
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Sami Allah hu liman hamidah
Allah hears those who glorify Him
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Rabbana lakal hamd
O Lord, To you belongs all praise
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Subhana rabbiyal 'aqla wabihamdihi
Glory be to you Lord Most High
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
O Lord, Forgive me, Bless me, Rectify me, Raise my status, Give me my Sustenance, Guide me, Strengthen me and Pardon me.
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad.

Greetings and wellwishes, Blessings and Prayers all be to Allah. Greetings and Wellwishes be upon you Dear Prophet who is Blessed and Showered Mercies by Allah. May the Greetings and Blessings also be upon those who are devout in their prayers.I declare that there's no other God but Allah! I also declare that Muhammad is the Messenger of Allah.
O Allah, Bestow Thy Blessings and Mercies upon Muhammad and his lineage.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu laillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala alihi Muhammad. Kama solai ta'ala Saiyidina Ibrahim, wa' ala alihi Ibrahim. Wabarik ala Muhammad Wa 'ala alihi Muhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa 'ala alihi Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa a'ala alihi Muhammad. Fil 'alamina innaka hamidun majid
Greetings and wellwishes, Blessings and Prayers all be to Allah. Greetings and Wellwishes be upon you Dear Prophet who is Blessed and Showered Mercies by Allah. May the Greetings and Blessings also be upon those who are devout in their prayers.I declare that there's no other God but Allah! I also declare that Muhammad is the Messenger of Allah.
O Allah, Bestow Thy Blessings and Mercies upon Muhammad and his lineage.
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke
atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan
atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas
keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan
padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau
tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak
mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala
macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta
ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi
yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Salam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Peace and Blessings of Allah be upon you
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Moga2 kita tak jadi bagai burung tiung di dlm sangkar emas,mengajuk2
tanpa tahu apa makna....dah berbelas tahun solat,makna pun masih
samar2,
Ya ALLah,kami memang lemah...maka ajarilah kami spt
mana Kau ajari mereka yg Kau kasihi Takbiratul-Ihram & Takbir..........

Friday, September 01, 2006

Islam iktiraf nilai kemerdekaan setiap individu

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20060831221930/Article/

Islam iktiraf nilai kemerdekaan setiap individu

Semalam rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-49. Oleh itu, seluruh umat Islam sewajarnya memanjatkan jutaan lafaz kesyukuran ke hadrat Allah di atas rahmat dan limpahan kurnia-Nya sehingga kita dapat hidup dengan harmoni dan aman damai.

Perlu diinsafi bahawa nilai kemerdekaan yang diperoleh ini sebenarnya hasil perjuangan yang sangat panjang. Semuanya itu adalah kerana tidak lain tidak bukan demi meraih sebuah harapan, cita-cita dan hala tuju yang lebih baik pada masa akan datang.

Justeru, nilai kemerdekaan pada dasarnya amat mahal harganya bagi setiap individu dan juga setiap bangsa yang bermaruah. Bahkan kemerdekaan adalah hak asasi yang paling penting dimiliki setiap manusia dalam kehidupan ini.

Oleh itu, jika kemerdekaan seseorang manusia itu tergugat dan dirampas, nescaya dia akan berusaha untuk mendapatkannya kembali.

Islam pada dasarnya mengiktiraf dan menghormati nilai kemerdekaan setiap individu dan bangsa yang menghuni alam semesta ini. Jadi, Islam menegaskan bahawa manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan dalam keadaan fitrah dan merdeka.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan dan eksploitasi terhadap kemerdekaan setiap individu manusia dan bangsa. Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa tidak ada sebarang diskriminasi kemerdekaan setiap manusia yang lahir ke dunia ini biarpun memiliki perbezaan latar belakang, suku kaum, kekayaan, kedudukan, status sosial dan sebagainya.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Kamu semua sebenarnya berasal daripada Adam, dan Adam pula diciptakan daripada tanah. Tidaklah orang Arab lebih mulia daripada orang bukan Arab, tidak pula orang berkulit putih lebih baik daripada orang berkulit hitam, melainkan kerana ketakwaannya.”(Hadis riwayat Ahmad)

Kemerdekaan itu pada hakikatnya bukanlah semata-mata membebaskan diri atau kebebasan daripada belenggu penjajahan asing. Tetapi, sebenarnya lebih daripada itu, kemerdekaan yang hakiki ialah kebebasan manusia untuk dapat mengisi kehidupannya sesuai dengan fitrahnya yang juga sifat asasi manusia yang selaras dengan hikmah penciptaannya. Firman Allah bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Surah adz-Dzariyat , ayat 56)

Manusia yang merdeka dapat hidup dalam fitrahnya yang asal, hidup dalam ketentuan dan panduan Penciptanya. Manusia yang menjalani hidup ini sesuai dengan hak asasinya sebagai seorang manusia sekali gus sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini.

Dalam konteks ini, manusia yang merdeka ialah insan yang mampu membebaskan diri daripada pelbagai bentuk perhambaan kepada selain Allah. Begitu juga, dia berupaya untuk meloloskan diri daripada perangkap hawa nafsu dan seterusnya memusatkan seluruh kehidupannya hanya kerana Allah.

Dalam erti kata lain, seorang Muslim yang merdeka ialah seorang yang menginsafi dirinya adalah hamba Allah yang ditaklifkan dengan pelbagai kewajipan dan tuntutan sesuai dengan kedudukan fitrahnya.

Oleh itu, seorang Muslim yang bertakwa akan menjunjung segala titah dan perintah Ilahi ketika menjalani kehidupan ini demi meraih kesejahteraan hidup dan keredaan Allah. Pada masa sama, dia akan berusaha membebaskan diri daripada sebarang bentuk kesyirikan, amalan khurafat, bidaah, segala penyakit hati dan amalan yang keji.

Seorang pemimpin yang merdeka mampu membebaskan diri daripada cita-cita politik murahannya, kepentingan dirinya dan keluarganya, sebaliknya dia hanya memikirkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat yang berada dakam kepemimpinannya.

Dia memandang kepemimpinannya itu sebenarnya adalah satu amanah yang cukup berat lagi getir yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.

Seorang ulama yang merdeka hanya takut kepada Allah seperti termaktub dalam firman Allah bermaksud: “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang yang berilmu (ulama).” (Surah Fatir, ayat 28). Kerana ketakwaannya itu, seorang ulama berani untuk menyuarakan kebenaran dan menentang segala bentuk kemungkaran yang berleluasa dalam masyarakatnya. Seorang ulama yang sejati tidak akan memutarbelitkan dalil, apatah lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakatnya. Sebaliknya, dia akan sentiasa menyeru ke arah kebenaran dan ketaatan kepada Allah, di samping menyelamatnya masyarakat daripada kesesatan dan kebatilan yang terlarang.

Seorang pegawai atau pekerja yang merdeka pula berusaha memaksimumkan potensi dirinya untuk menghasilkan produktiviti yang terbaik dan bermanfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Seorang pegawai yang beriman akan bekerja dengan penuh ikhlas dan jujur atas landasan ibadat kepada Allah dan mencari rezeki yang halal untuk keluarganya.

Rakyat dan bangsa yang merdeka adalah yang benar-benar bertanggungjawab dan peka terhadap suasana persekitarannya dari segi keselamatan, kesejahteraan, keharmonian dan kepentingan bangsanya. Oleh itu, setiap rakyat akan berusaha untuk melindungi masyarakat dan negaranya daripada diprovokasi unsur yang tidak bertanggungjawab, di samping menjunjung hukum-hakam Allah sebagai teras utama yang mendasari setiap sendi kehidupan ummah sejagat.

INTI PATI
Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan dan eksploitasi terhadap kemerdekaan setiap individu manusia dan bangsa.
Kemerdekaan yang hakiki ialah kebebasan manusia untuk dapat mengisi kehidupannya sesuai dengan fitrah.
Seorang Muslim yang merdeka ialah seorang yang menginsafi dirinya adalah hamba Allah yang ditaklifkan dengan pelbagai kewajipan dan tuntutan sesuai dengan kedudukan fitrahnya.


Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Penulis ialah Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Islam Universiti Darul Iman Malaysia, kampus Kusza Gong Badak, Terengganu

Thursday, August 31, 2006

Berfikir tadabbur

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Bicara Agama
Berfikir tadabbur

Oleh DR. SIDEK BABA

MAKSUD tadabbur dalam al-Quran ialah memerhati dengan mengkaji dan menyelidik. Allah jadikan alam ini sebagai sumber hikmah dan daripadanya terdapat rahsia-rahsia kebesaran-Nya. Berfikir tadabbur bermaksud pemikiran manusia terhadap sesuatu yang menjadi sumber kajian, telitian dan penyelidikan tidak terputus dengan maksud penciptaan itu sendiri.

Dalam tradisi berfikir orang-orang Barat terdapat kecenderungan mempercayai bahawa alam ini terjadi dengan sendiri atau terjadi secara kebetulan (by accident) lalu lahir teori evolusi dan teori-teori yang seumpama dengannya mengenai manusia, alam dan kehidupan. Dalam tradisi berfikir orang-orang Islam, alam ini diciptakan oleh Allah dan manusia dijadikan dalam keadaan yang sempurna.

Berfikir tadabbur mendidik manusia untuk menghubungkan faktor kajian dan penyelidikan dengan faktor penciptaan dan hikmah di sebalik penciptaan. Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia. Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

Berfikir tadabburlah yang boleh menghubungkan manusia dengan Pencipta dan persekitarannya. Berfikir tadabburlah yang membimbing manusia mengetahui hakikat yang nyata dan keajaiban yang ghaib. Faktor ghaibiyyat atau yang ghaib menjadi faktor yang amat penting dalam membina jalan berfikir orang-orang Islam.

Para remaja perlu berfikir secara tadabbur dalam memahami diri, Pencipta dan persekitarannya. Alam ini tidak terjadi dengan sendiri. Alam ini ada Penciptanya. Para remaja tidak harus berfikir sesuatu dalam hidup ini hanya dalam lingkungan faktor benda. Faktor benda membimbing pemikiran kepada yang wujud dan maujud. Faktor benda memimpin pemikiran remaja hanya percaya kepada sesuatu yang wujud dan nyata wujudnya dalam penglihatan.

Sesuatu yang ghaib dianggap tahyul dan dogma. Pemikiran saintifik mengikut cara Barat berasaskan pendekatan rasional dan empiris di mana sesuatu itu di katakan wujud selepas melalui proses pemerhatian, adanya data dan fakta dan diuji kaji dalam makmal. Faktor ghaibiyyah dianggap tidak rasional sebab tidak boleh diuji kaji.

Berfikir tadabbur tidak menyamakan upaya manusia dengan upaya Pencipta. Menyamakan upaya manusia dengan upaya Allah seolah-olah mensetarafkan manusia dengan Allah. Apabila upaya manusia dikongsikan atau disyarikahkan dengan Allah ia membawa kepada syirik. Allah Pencipta alam ini dan seluruh isinya.

Manusia diciptakan dan menjadi sebahagian dari isi bumi. Manusia tidak ada kudrat mutlak terhadap dirinya. Manusia sihat, sakit dan akhirnya akan mati.

Manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menahan diri dari mati. Berfikir tadabbur memimpin manusia bahawa upaya manusia terbatas seperti juga upaya makhluk-makhluk yang lain. Kemutlakan hanya ada pada yang mencipta dan mengurus alam ini iaitu Allah.

Sesuatu yang Allah jadikan baik pokok mahupun air terkandung hikmah yang besar. Berfikir saintifik cara Barat melihat faktor itu sebagai faktor nature atau dikatakan sedia jadi atau semulajadi. Berfikir tadabbur melihat faktor itu sebagai faktor tabie yang diciptakan dengan maksud memberi rahmat kepada manusia. Pada pokok terdapat sumber makanan, ubatan, oksigen dan lain-lain untuk kepentingan manusia. Berfikir tadabbur mendorong manusia mengkaji di sebalik wujudnya bunga, buah, akar, kulit, daun dan batang, terdapat hikmat yang besar untuk manfaat manusia dan kehidupan. Pada air terdapat faktor fitrah kejadiannya untuk menghilangkan dahaga, membersihkan kotoran dan menyuburkan pokok-pokok serta kehidupan. Daripada kajian dengan penemuan yang terbatas menjadikan manusia merasakan kebesaran dan kehebatan ciptaan Allah yang tidak mampu dilakukan oleh manusia.

Mencipta

Para remaja harus menginsafi bahawa proses mencipta datang daripada Allah. Allah mencipta daripada sesuatu yang tidak ada kepada ada. Manusia hanya menggubah mereka daripada sesuatu yang telah diciptakan kepada sesuatu yang lebih kreatif untuk keperluan dan kepentingan manusia. Allah ciptakan pokok-pokok dan daripadanya ditebang serta diracik-racik oleh manusia dan tukang untuk dibuat rumah dan bangunan. Berfikir tadabbur boleh menjadikan remaja dekat dengan Allah kerana bukti penciptaannya amat nyata.

Memahami hakikat kewujudan Allah adalah dengan memahami tanda-tanda kebesaran-Nya. Sekiranya para remaja berada di tepi pantai melihat ada tapak-tapak manusia di situ, para remaja akan percaya bahawa ada manusia pernah lalu di situ walaupun manusianya secara maujud tidak ada. Apabila remaja masuk ke hutan melihat kesan tapak kaki harimau lantas percaya bahawa ada harimau di hutan itu walaupun harimau tidak ada di depan para remaja.

Berfikir tadabbur membimbing remaja bahawa langit, bumi, planet-planet yang berputar, ketepatan dan kelajuan perjalanannya, wujudnya kejadian siang dan malam, hujan dan panas, hidup dan mati adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Sunah Allah menentukan kejadian dan perjalanannya.

Manusia tidak mengurus alam ini. Manusia hanya dijadikan khalifah untuk mengurus sebahagian dari kehidupan dan mengurus rahmah serta nikmat yang dikurniakan. Alam ini ditadbir dengan tersusun lagi teratur. Manusia mengaturkan sistem lebuh raya dengan kaedah yang canggih tetapi perlanggaran dan kesesakan tetap juga berlaku.

Ia membayangkan kelemahan dan ketidakupayaan manusia. Berfikir tadabbur boleh membimbing remaja betapa hebatnya rahmat dan nikmat yang menjadi rahsia Allah dan limpahan rahmat serta nikmat itu menjadi hikmah yang perlu dikaji.

Apa yang manusia tahu tentang hikmah dan nikmat Allah itu masih sedikit. Pada Allahlah terdapatnya Keperkasaan, Kebesaran dan meletakkan Allah Yang Maha Mengetahui. Manusia hanya mengetahui sedikit. Ia meletakkan keimanan yang tinggi terhadap Pencipta.

- PROF. DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

Thursday, March 23, 2006

significant...

assalamualaikum n good day...actually for ur information..i got an old blog..http://kapok85.blogs.friendster.com/my_blog/....thanks to frenster coz making me start dis sort of story telling..since my family n frens are far physically..but i hope by doin this blog i could share my piece of mind, any good lesson from experiences i encountered..but since i got project to be done..HBS!!..fokus fokus...guess i just tell u all why i choose Dublin Bus as my blogs title:
1. it is because im studying in RCSI..Dublin( pray for me to graduate as a doctor by 2010..amiinn)
2. i always travel by bus before cycling day n sometime i do take bus(quite expensive)..huhu
3. and life is like a bus...sometime we need to be very patient to wait for da bus..so sabar is ingredient to achieve a success..if we miss it..we must wait longer..so we need to go to the bus station as early as possible...so dont give up easily with trial..but we also must work for it..usaha doa tawakal...once we got the bus..we must pay...so life is not free..hehehe..there is a lot of analogy i can give..but da most important is life is travelling...and the best place to be back is to Allah swt..
Ya Allah..pls guides me always n shows me the right path anywhere anytime...

ONE PIECE - Memori...